10:02 PM
Ambik kau, suka sangat buli orang
Posted by Unknown · 0 Comments in this post
Sekolah merupakan sebuah institusi yang amat penting dalam negara. Di sinilah generasi pemimpin dan peneraju negara di masa hadapan, dididik dan dibentuk. Bukan begitu sahaja, institusi sekolah juga merupakan tempat pemupukan dan pembentukan jati diri dan patriotisme anak bangsa selain berfungsi sebagai tempat pendidikan akademik dan kemahiran.
Fungsi sekolah sebagai sebuah institusi yang membentuk dan mendidik anak bangsa mengikut kehendak dan acuan wawasan negara merupakan satu tugas yang amat mencabar. Semua pihak yang terlibat dalam institusi sekolah seperti pihak kerajaan, pentadbir, guru, ibubapa dan murid memikul tanggungjawab yang besar dalam menentukan kejayaan generasi anak bangsa di masa hadapan. Namun begitu laporan- laporan akhabar (Harian Metro, 25 Mac 2004; Berita Harian 25 Mac 2004) menunjukkan peningkatan jumlah jenayah juvana yang dilakukan oleh pelajar sekolah seperti gangterisme, pergaduhan, rogol, seks bebas dan buli, telah sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan pendidikan generasi masa hadapan negara. Ini ditambah lagi dengan kejadian jenayah serta perlanggaran displin yang serius terjadi di dalam kawasan sekolah (Utusan Malaysia, 25 Mac 2004). Masalah ini perlu ditanggani dengan segera dan sebaik mungkin kerana ia bukan sahaja menjatuhkan imej sekolah sebagai institusi pembentuk jati diri dan pendidikan anak bangsa. Tetapi akan juga memberi impak kepada survival dan kemajuan negara di masa hadapan.
Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Keseriusan masalah buli di kalangan murid sekolah perlulah ditangani dengan segera. Jika tidak, ianya mungkin menjadi satu masalah besar kepada negara pada masa hadapan. Sesuatu usaha perlulah dilakukan bagi mengenal pasti tahap masalah tingkah
laku buli di sekolah supaya satu program pencegahan dapat dijalankan dengan berkesan. Kajian bertujuan untuk mengetahui indeks perlakuan buli sekolah. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap tingkah laku buli di sekolah menengah dan rendah berdasarkan kepada pengiraan indeks perlakuan buli di kedua-dua peringkat persekolahan tersebut. Selain itu, kajian juga cuba mengenal pasti jenis-jenis tingkah laku buli yang
wujud di kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah serta punca-punca kejadiannya.
Banyak betul kes buli sekarang..zaman aku sekolah dulupun ramai..apa kata aku cadangkan kepada orang yang selalu kena buli nie buat satu persatuan mangsa buli dan misi utamanya adalah membuli kembali si pembuli amacam? hahahaha...aku boleh jadi penaung kalau korang nak...pikir-pikirkanlah yer..hahahaha.
Pembuli kena buli..haha.
About this blogger theme
This blogspot theme one of the first templates I have created. This is free, supported and ready for download. If you have any questions feel free to leave your comment on my weblog. Hope you like it. Enjoy!
This blogspot theme one of the first templates I have created. This is free, supported and ready for download. If you have any questions feel free to leave your comment on my weblog. Hope you like it. Enjoy!
Blog ini lawak kerana?
My Posts
Followers
Popular Posts
-
D atuk Dr. Fadzilah Kamsah ada berkata, jangan sesekali kita biasakan kejutkan kawan atau anak bangun tidur ( kejut sebab nak pergi sekolah...
-
Seluar jenis apakah ini tuan-tuan? H ari nie aku nak bercerita pasal Shuffle...korang tau shufle kan? apa tak taunya kat Malaysia memang ...
-
M emandangkan pada situasi semasa yang berlaku sekarang, lelaki yang punya ciri-ciri di bawah adalah lelaki yang punya peluang yang cerah un...
-
V ideo Shin Chan nie aku dapat daripada laptop customer aku, belek punya belek rupa-rupanya dia banyak simpan video Shin Chan, jadi aku ambi...