4:04 AM
Harap muka je cantik, tapi akai takde...
Posted by Unknown · 0 Comments in this post
Betullah kata orang-orang tua, kalau nak cari pasangan jangan ganya tengok rupa aje...kat luar memang cantik, tapi kat dalam kita belum tau, rupa jer cantik tapi akai takde buat ape...
Kalau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka berkenalan. Bahkan ramai yang akan terpikat, dan ingin berkenalan. Dia akan jadi rebutan.Namun, apalah harga sekujur tubuh walaupun cantik dan memikat. Apalah nilai sekeping jasad yang indah mata memandang. Yang rambutnya ikal mayang. Hidung bak seludang. Bibir bak delima merekah. Pipi bak pauh dilayang. Yang pinggangnya ramping, dadanya bidang. Tetapi akalnya kurang .
Akal yang tidak ada ilmu. Bodoh, tidak tahu dan tidak faham. malah susah untuk dibawa berbincang. Tidak ada pendapat atau buah fikiran. Semua persoalan dijawab dengan senyuman kosong yang tidak mengetahui apa-apa.
Lebih-lebih lagilah kalau dia gila dan kurang siuman. Percakapannya tidak logik dan tidak seimbang. Hanya meracau-racau, tidak ada pertimbangan. Apa yang salah pada orang, betul pada dia. Apa yang betul pada orang, salah pada dia. Dia anggap semua orang lain gila. Dia saja yang tidak gila. Itulah tanda dia gila .Kalau bodoh atau gila, cantik macam manapun tidak diambil kira. Jasad dan tubuh akan hilang cantiknya kalau bodoh atau gila. Akal itu lebih utama dari paras rupa. Malahan kecantikan rupa paras hanya akan terlihat bila kita ada akal yang sempurna . Betul tak? hahahaha..
Rupa cantik, akai takde.
About this blogger theme
This blogspot theme one of the first templates I have created. This is free, supported and ready for download. If you have any questions feel free to leave your comment on my weblog. Hope you like it. Enjoy!
This blogspot theme one of the first templates I have created. This is free, supported and ready for download. If you have any questions feel free to leave your comment on my weblog. Hope you like it. Enjoy!
Blog ini lawak kerana?
My Posts
Followers
Popular Posts
-
D atuk Dr. Fadzilah Kamsah ada berkata, jangan sesekali kita biasakan kejutkan kawan atau anak bangun tidur ( kejut sebab nak pergi sekolah...
-
Man!!..kau nak merempit yer? mak nak ikut?.... L ama tak tulis cerita pasal Ustaz Azhar Idrus nie...sebenarnya banyak ceramah yang menari...
-
K orang suka kentut tak? wangi tak kentut korang? kiki...sapa rasa kentut dia wangi, memang biasalah, pasal kita memang suka bau kentut send...





