Pages

  • Home
  • About me
  • Drop URL
  • Funny Movie
  • Forum Chat
  • All my post
  • Blog Overhaul
Hahaha video
  • Home
  • About me
  • Drop URL
  • Funny Movie
  • Forum Chat
  • All my post
  • Blog Overhaul
8:44 PM
Selamat hari ibu
Posted by Unknown · 0 Comments in this post
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Filed under: Drama new blogger edit icon


Hai..entri aku kali nie sungguh tak lawak, pasal aku nak serius sikit, pasal entri nie mengenai hari ibu, dan ibu bukanlah satu bahan lawak jenaka yang kita boleh gelak-gelakkan. Aku masih ada ibu, dan umurnya sekarang dah mencecah 66 tahun, dah tua, tapi Insyaallah belum uzur lagi, cuma kakinya sahaja yang tinggal sebelah masih berfungsi baik, pasal dia pernah eksiden kereta dengan abang ipar 7 tahun dulu..sampai sekarang masih belum pulih...orang tualah katakan, tulang dah tak kuat untuk pulih dengan cepat. Walaubagaimanapun, ibu aku masih sihat, tiada sebarang penyakit, mungkin sistem pemakanan ibu yang baik, serta sikap dirinya yang tak suka duduk diam dan sentiasa ada kerja yang dikerjakannya bagi mengeluarkan peluh, seperti berkebun. 


Kisah sedih seorang ibu

Cerita ni 

dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian 
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!

Aku benci ibuku… Dia amat

memalukanku!

Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru 
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu 

hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya 

khabar.

Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini 
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci 
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya 

salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"

Ketika

itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau 
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau 
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa

yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..

Aku

langsung tidak peduli akan perasaannya… 

Aku

ingin keluar dari rumah itu…

Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh

dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku 
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku 

datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak 

pernah berjumpa cucunya!.

Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, 
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau 
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus 
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan 

pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..

Oleh itu aku telah 

memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah 

usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.

Jiran memberitahuku yang ibuku

telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat 

yang ibuku ingin aku membacanya…

“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu 

teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke 
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan 
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin 
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana 
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu 

mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat 

kemalangan dan hilang satu mata........

Sebagai ibu, aku tidak 
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku 
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…

SELAMAT HARI IBU UNTUK IBU SELURUH DUNIA


Kasih ibu membawa kesyurga








About this blogger theme
This blogspot theme one of the first templates I have created. This is free, supported and ready for download. If you have any questions feel free to leave your comment on my weblog. Hope you like it. Enjoy!
  • POSTS
  • REPLIES
  • FLICKR
  • TWITTER

    RELATED POST:

      Berkongsi maklumat, Makhluk pelik dilangit....
    RECENT POSTS:
    LATEST COMMENTS:
    Get Flickr ID!
    TWITTER UPDATES:
free counters

SOCCER, CASINOS OHNE DOWNLOAD, SLOTS OASIS, FX, Mansion Casino

Blog ini lawak kerana?

My Posts

Followers

Popular Posts

    Be our Fan

    Blog Archive

    Saya cabar anda klik.

    Iklan

    AD DESCRIPTION
    AD DESCRIPTION
    AD DESCRIPTION
    AD DESCRIPTION
    Advertise Now!

    Labels

    • Funny (82)
    • Ceramah berjenaka (14)
    • Drama (6)
    • sedih (3)
    • Kartun lawak (2)
    Total Posts: 109
    Total Comments: 0

    About Me

    Unknown
    View my complete profile
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


    [close]

    Total Pageviews

    Sparkline

    Fb Followers

    Follow this blog
    2010 Hahaha video. Powered by Blogger.
    Save the King! Midgar Press blogger template by BTW.